Monday, April 18, 2011

Program Terapi Air dan Lawatan Ke Bukit Merah

Posted by p.khas skjenalik at 11:51 AM 0 comments
Pada 30 Mac 2011 semua warga Pendidikan Khas SKJ telah berjaya mengadakan Program Terapi Air dan Lawatan Sambil Belajar ke Bukit Merah.  Program ini dipimpin oleh Puan Norsalina binti Mohd Zaidi. Banyak kesan positif yang boleh dilihat hasil dari program ini.  Beberapa orang murid yang agak pasif dan hipoaktik kelihatan ceria dan bersuara semasa aktiviti ini diadakan. Tahniah kepada semua warga Pendidikan Khas SKJ kerana telah berjaya melaksanakan program ini....semoga program seterusnya akan dapat menjana lagi kecemerlangan insan istimewa di Program Pendidikan Khas SKJ......

Program Ikhtiar Hidup

Posted by p.khas skjenalik at 11:36 AM 0 comments
Pada 24 Mac 2011 yang lalu, PPKIBP SK Jenalik telah berjaya melaksanakan Program Iktiar Hidup di pimpin oleh En.Mohd Roslan bin Ismail. Berbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan iaitu Memasak Nasi di dalam buluh, memasak telur dalam daun dan memanggang ikan keli. Tahniah kepada semua warga pendidikan khas SK Jenalik kerana telah berjaya melaksanakan program ini. Semoga program ini akan menjadi pemangkin kepada program yang lain seterusnya....

Kembali....

Posted by p.khas skjenalik at 11:30 AM 0 comments
        Setelah sekian lamanya blog ini tidak aktif kerana beberapa masalah teknikal...sejak September 2010, admin berharap selepas ini tidak akan timbul lagi masalah....dan blog ini akan terus aktif menyampaikan maklumat Program Pendidikan Khas SK Jenalik kepada semua pengunjung yang setia....
        Dengan kehadiran GB kita yang baru iaitu En Razali bin Ahmad Shah yang mula bertugas mulai 15 Disember 2010 di harap akan dapat memberi banyak sokongan dalam setiap aktiviti yang akan dilaksanakan nanti. 
 

Pendidikan Khas SK Jenalik Copyright © 2010