Monday, September 20, 2010

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR

Posted by p.khas skjenalik at 1:01 PM 0 comments
Bermula esok 21/09/2010 anak kita dan anak-anak didik kita akan menempuh peperiksaan UPSR. Setelah penat berusaha, bersamalah kita mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk mereka...Inshaallah. Walaupun pada tahun ini tiada calon daripada murid Pendidikan Khas dari program ini tetapi guru-guru Pendidikan Khas juga ada turut menyumbang tenaga mendidik murid di kelas arus perdana dalam kelas tambahan Tahun 6, untuk mereka menghadapi peperiksaan UPSR. Selamat Maju Jaya...semoga Allah makbulkan doa kita semua, Amin yarabalalamin.

Friday, September 3, 2010

Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya

Posted by p.khas skjenalik at 10:06 AM 0 comments
Esok 4 September 2010, sekolah akan mula bercuti sehingga 14 September. Walaubagaimanapun ada dikalangan guru Pendidikan Khas sekolah ini yang sanggup berkorban cuti ini untuk membantu mendidik murid Tahun 6 dalam kelas tambahan kerana murid Tahun 6 akan menghadapi UPSR selepas cuti Hari Raya Aidil Fitri yang bermula pada 21 hingga 23 September. Tahniah kepada Cikgu Suharti dan Cikgu Safuan yang sanggup memberi sumbangan tenaga anda demi kemajuan sekolah ini. Dalam pada itu ada yang dah tak sabar nak balik ke kampung, hari ini dan esok. Beg pakaianpun sudah siap tersusun kemas di dalam kereta. Tunggu bunyi aje loceng.... Apapun dan ke mana tujuan anda berhati-hati dijalanraya. Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya.  Maaf Zahir dan Batin daripada warga Pendidikan Khas SKJ.
 

Pendidikan Khas SK Jenalik Copyright © 2010