Tuesday, May 31, 2011

Selamat Bercuti...

Posted by p.khas skjenalik at 11:22 AM 0 comments
Cuti adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua murid dan guru-guru. Bukannya apa dapat berehat sekejap dan merehatkan otak.  Cutri inilah peluang bagi semua guru yang jauh kampung halamannya untuk balik sekejap bertemu kaum keluarga...kenduri pulak banyak menanti....Apapun diharap selepas cuti ini, semua guru dapat meningkatkan lagi prestasi anda dan dapat melaksanakan pelbagai lagi program yang menarik untuk murid-murid pendidikan khas di SK Jenalik ini sama ada di dalam atau di luar kelas.....Selamat Bercuti

Lawatan Sambil Belajar Ke Lumut, Perak

Posted by p.khas skjenalik at 11:13 AM 0 comments
Pada 26 Mei 2011, PPKI SK Jenalik telah berjaya mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Lumut, Perak. Program Lawatan ini di ketuai oleh Puan Suharti binti Mohd Ariffin. Tempat utama lawatan ialah Pengkalan TLDM, Lumut. Kami telah dibawa melawat ke Markas Armada dan berpeluang menaiki kapal penangkis periuk api iaitu KD Ledang. Selepas itu kami dibawa melawat Markas Udara, TLDM dan berpeluang melihat dari dekat Helikopter Pejuang dan Helikopter VIP. Semasa sesi lawatan kami berpeluang melihat bagaimana helikopter pejuang dipasang dengan peluru terpedo untuk latihan. Selepas itu kami menikmati jamuan tengahari di Medan Selera Pernama TLDM. Selepas makan kami dibawa melawat Galeri Panglima Tentera Laut dan berpeluang melihat sejarah perkembangan TLDM di bawah beberapa orang Panglima TLDM. Setelah puas melihat sendiri suasana di dalam pengkalan TLDM kami membeli belah di Pekan Lumut. Banyak barang dibeli oleh guru-guru, kakak-kakak PPM dan murid-murid sebagai cenderamata kenangan. Akhir sekali kami dibawa melawat ke Telok Batik dan berpeluang mandi manda...barulah murid Pendidikan Khas tahu bagaimana rasanya air laut yang masin itu......Semoga lawatan ini akan memberi banyak pengalaman dan pengetahuan kepada semua murid...

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru

Posted by p.khas skjenalik at 10:57 AM 0 comments
Pada 11 Mei 2011 yang lalu PPKI SK Jenalik telah berjaya mengadakan satu perjumpaan dengan Ibu Bapa dengan pihak pentadbir sekolah. Para Ibu Bapa telah berpeluang berjumpa dan berdialog dengan Tuan Guru Besar yang baru iaitu Encik Razali bin Ahmad Shah. Selain daripada itu Ibu Bapa juga telah diterangkan berbagai program yang telah diatur oleh PPKI SK Jenalik sepanjang tahun 2011 ini dan diharap mendapat sokongan daripada pihak Ibu Bapa dan Penjaga. Semoga niat murni PPKI SKJ mengadakan majlis ini berjaya dan dimakbulkan Allah........Amin!

Selamat Hari Guru

Posted by p.khas skjenalik at 10:43 AM 0 comments
Warga Pendidikan Khas SK Jenalik mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Seluruh Malaysia Amnya dan kepada Guru-Guru SK Jenalik Khasnya. Semoga terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa.....

Saturday, May 7, 2011

MTQ Pendidikan Khas Daerah Kuala Kangsar 2011

Posted by p.khas skjenalik at 10:24 AM 0 comments
Setelah setahun program ini tidak dijalankan diperingkat daerah kerana ketiadaan pegawai pendidikan khas di PPD dan kerana ketiadaan juga program yang sama di peringkat negeri dan kebangsaan, pada tahun ini maka program MTQ ini diadakan semula. Pada 4 Mei 2011 telah berlansung Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan Khas Daerah Kuala Kangsar yang diadakan di Dewan SK Datin Khadijah. Sebanyak 16 buah program pendidikan khas telah menyertai program tersebut di mana acara yang dipertandingkan ialah Hafazan BP, Azan Subuh BP , Tilawah Al Quran BP, Tulisan Khat BL, Bercerita BL dan Nasyid (Terbuka).
PPKI SK Jenalik telah menyertai dalam acara Hafazan, Azan subuh, Tilawah Al Quran dan Nasyid. Alhamdulilah PPKI SK Jenalik telah berjaya mendapat tempat ke dua dalam acara Hafazan Lelaki iaitu adik Nur Amirul Ashraf bin Ruslan dan tempat ke tiga dalam acara Azan subuh iaitu adik Mohamad Fadzli bin Mohamed Nor. Tahniah diucapkan kepada semua guru yang diketuai oleh Puan Norleha binti Abdullah. Kejayaan anda adalah kebanggaan kami warga pendidikan khas SK Jenalik.... Bagi yang tidak berjaya cuba lagi pada tahun hadapan.

Sunday, May 1, 2011

Kem Bestari Solat 1

Posted by p.khas skjenalik at 11:43 PM 0 comments
Pada 26 April 2011 yang lalu PPIBP SK Jenalik telah berhaya mengadakan Kem Bestari Solat 1 di bawah pimpinan Ustazah Ummu Sulaim. Tahniah kepada semua Warga Pendidikan Khas SKJ kerana menunjukkan kerjasama yang erat menjayakan program ini. Semoga hasrat kita melahirkan insan istimewa bertakwa akan tercapai. Inshaallah.....
 

Pendidikan Khas SK Jenalik Copyright © 2010