Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke 53, MERDEKA....

Posted by p.khas skjenalik at 10:41 AM 0 comments
Esok 31 Ogos 2010 genap 53 tahun negara kita menyambut ulangtahun Hari Kemerdekaan.  Jika dihitung pada bilangan 53 tu, bermakna udah lama bebenor kata orang Perak, udah manko. Harap tidaklah manko terus lemah, tetapi terus kuat dan disegani. Apapun warga pendidikan khas SK Jenalik mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada semua warga Malaysia. Semoga Pendidikan Khas Malaysia, Pendidikan Khas Perak dan Pendidikan Khas SK Jenalik akan terus Cemerlang Gemilang dan Terbilang. Merdeka...Merdeka....Merdeka...

Tuesday, August 24, 2010

Maklumat Pendidikan Khas Integrasi SK Jenalik

Posted by p.khas skjenalik at 11:43 AM 0 comments
SEJARAH PENUBUHAN.


Kelas Pendidikan Khas (Pembelajaran) di sekolah ini adalah salah satu Program Integrasi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang dibuka di daerah Kuala Kangsar untuk memberi peluang kepada murid-murid istimewa supaya dapat bergaul dengan murid-murid normal. Kelas ini mula dibuka pada 4 Januari 1999, dengan 4 orang murid dan 2 orang tenaga pengajar. Pada tahun 2001 Kelas Pendidikan Khas sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan baru. Kini setelah 12 tahun (2010) bilangan murid telah bertambah kepada 33 orang dan guru seramai 10 orang serta 4 orang Pembantu Pengurusan Murid.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS.

Falsafah Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

RASIONAL.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan mengambil kira aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

MATLAMAT.

Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIF.

Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:
• Menguasai kemahiran berkomunikasi.
• Menguasai kemahiran bergaul.
• Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai diri dan alam sekeliling.
• Menjaga kesihatan dan keselamatan diri.
• Mengurus hal-hal kehidupan seharian.
• Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif.
• Melibatkan diri dalam kegiatan diri.
• Memahami keperluan-keperluan jasmani serta menguasai kemahiran motor.
• Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.
• Mengembangkan potensi, bakat, daya kreatif dan intelek.

UMUR.

Umur murid adalah dari 7 tahun hingga 14 tahun

KURIKULUM .

1. Bidang Akademik Berfungsi :
• Komponen Bahasa Melayu
• Komponen Bahasa Inggeris
• Komponen Matematik
• Komponen Teknologi Maklumat & Komunikasi

2. Bidang Pengurusan Kehidupan :
• Komponen Pengurusan Diri
• Komponen Kemahiran Manipulatif
• Komponen Pengurusan Tingkah Laku
• Komponen Kemahiran Hidup

3. Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti :
• Komponen Pendidikan Jasmani
• Komponen Pendidikan Seni
• Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
• Komponen Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

4. Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni :
• Komponen Pendidikan Agama Islam
• Komponen Pendidikan Moral

Sunday, August 22, 2010

::sajak tentang anak::

Posted by p.khas skjenalik at 10:57 AM 0 comments
Jangan didik anakmu laki-laki
Bahwa kekuatan dan keperkasaan adalah segalanya
Ajari dia untuk mencintai dan menerima dirinya apa adanya

Jangan didik anakmu laki-laki
Untuk mengejar kehormatan dan kekuasaan
Ajari dia untuk mengejar cinta kasih dan kebijaksanaan

Jangan larang anakmu laki-laki jika ia menangis
Dan jangan katakan padanya bahwa laki-laki tak boleh cengeng
Ajari dia untuk mengenali dan menerima perasaannya
Bahwa air mata adalah anugerah Tuhan yang indah
Sehingga ia belajar untuk tidak frustasi oleh emosinya
Dan jika dewasa ia telah belajar untuk hidup dengan seutuhnya

Jangan didik anakmu perempuan
Bagaimana menjadi cantik
Ajari dia untuk mencintai dan menerima dirinya apa adanya

Jangan didik anakmu perempuan
Bagaimana untuk menyenangkan hati laki-laki
Ajari dia untuk menyenangkan Tuhan

Jangan larang anakmu perempuan
Jika ia menikmati melompat, berlari, dan memanjat
Jika ia suka menjelajah dan mengutak-atik benda-benda
Jangan kaupaksa dia untuk duduk manis diam dan tenang
Karena jiwanya yang ingin bebas jadi dirinya sendiri
Dan juga rasa ingin tahunya yang telah Tuhan anugerahkan
Telah kaubonsai dan kaurusak sejak dini

Isilah rumahmu
Dengan cinta, hikmat, dan kebijaksanaan
Bukan dengan harta, keindahan tubuh, gelar, dan kekuasaan

Bagikanlah kepada anakmu laki-laki dan perempuan
Keindahan menikmati mentari pagi
Kehangatan rasa ketika menggenggam pasir
Kemesraan seekor kupu-kupu hinggap di atas bunga
Dan merdunya suara tetes-tetes hujan

Jika kau ingin anakmu rajin beribadah
Gemakan keberadaan Tuhan dalam dirimu
Ia takkan bisa kaupaksa berdoa dan sembahyang
Ketika dia tak dapat menangkap makna ibadah darimu

Jika kau ingin anakmu mencintai pengetahuan
Pancarkan rasa ingin terus belajar
Nasihatmu tak akan bisa membuatnya mau membaca
Ketika dia tak pernah menyaksikan engkau menikmati buku

Jika kau ingin anakmu penuh kasih
Tunjukkan cinta kasihmu kepadanya dan sesama
Kata-kata saja tidak akan mempan membuatnya mengasihi
Jika ia tak pernah merasakan cinta darimu

Untuk anakmu
Engkau adalah teladan yang utama

Tak perlu banyak kata, tiada perlu jutaan nasihat

Jika kau ingin anakmu hidup seperti yang kauinginkan

Hiduplah demikian!

::kata hikmat anak::

Posted by p.khas skjenalik at 10:48 AM 0 comments
Anak adalah untuk zaman yang akan datang,bukan untuk zaman kita.Salahlah pendidikan orang tua yang hendak memperbuat anaknya seperti mereka juga. ( Hamka).
 
Peliharalah anak-anakmu dan perbaikilah budi pekerti mereka.Sesungguhnya anak-anak itu adalah hadiah Allah kepadamu. ( maksud hadis ).
 
Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara,sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya.( Maksud hadis ).
 
Anak yang ditinggalkan ayah jarang yang tidak luka jiwanya sampai besar. (pepatah Melayu).
 
Sewaktu kecil anak-anak lelaki menjadi perhiasan mata kerana lucunya,kerana dia tupuan harapan,maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. ( Hamka).
 
Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil,senyum yang sebenarnya senyum,senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka ).

::Puasa Oh Puasa::

Posted by p.khas skjenalik at 10:17 AM 0 comments
Salam...ari ni dah 20 hari kita puasa. Esok pulak cuti sempena menyambut Hari Kebangsaan. Manafaatkan cuti kita esok....

Saturday, August 21, 2010

::selamat berpuasa::

Posted by p.khas skjenalik at 8:06 PM 0 comments
Warga Pendidik Pendidikan Khas SK Jenalik menucapkan Selamat Berpuasa....Puasa tau jangan tak puasa.....Mendidik murid-murid khas berpuasa bukannya perkara mudah.  Kita cakaplah apapun berpuluh..beratus kali tapi kalau dah dia tak mau puasa juga...tapi kita sebagai warga pendidik kena berusaha terutamanya bab perkara wajib macam ni.... Jangan letakkan tanggungjawab ini pada guru agama sahaja. Tapi juga pada pada semua guru..... Sama-samalah kita berusaha agar anak murid kita ni dapat menunaikan Ibadah puasa....Inshaallah

Monday, August 16, 2010

::Selamat datang::

Posted by p.khas skjenalik at 12:29 PM 0 comments
Salam...
Selamat datang ke blog pendidikan khas sk jenalik....blog ini masih dalam proses penambah baikan....
 

Pendidikan Khas SK Jenalik Copyright © 2010