Tuesday, August 24, 2010

Maklumat Pendidikan Khas Integrasi SK Jenalik

Posted by p.khas skjenalik at 11:43 AM
SEJARAH PENUBUHAN.


Kelas Pendidikan Khas (Pembelajaran) di sekolah ini adalah salah satu Program Integrasi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang dibuka di daerah Kuala Kangsar untuk memberi peluang kepada murid-murid istimewa supaya dapat bergaul dengan murid-murid normal. Kelas ini mula dibuka pada 4 Januari 1999, dengan 4 orang murid dan 2 orang tenaga pengajar. Pada tahun 2001 Kelas Pendidikan Khas sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan baru. Kini setelah 12 tahun (2010) bilangan murid telah bertambah kepada 33 orang dan guru seramai 10 orang serta 4 orang Pembantu Pengurusan Murid.

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS.

Falsafah Pendidikan khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

RASIONAL.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu, satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini dengan mengambil kira aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

MATLAMAT.

Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

OBJEKTIF.

Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka:
• Menguasai kemahiran berkomunikasi.
• Menguasai kemahiran bergaul.
• Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu mengenai diri dan alam sekeliling.
• Menjaga kesihatan dan keselamatan diri.
• Mengurus hal-hal kehidupan seharian.
• Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif.
• Melibatkan diri dalam kegiatan diri.
• Memahami keperluan-keperluan jasmani serta menguasai kemahiran motor.
• Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.
• Mengembangkan potensi, bakat, daya kreatif dan intelek.

UMUR.

Umur murid adalah dari 7 tahun hingga 14 tahun

KURIKULUM .

1. Bidang Akademik Berfungsi :
• Komponen Bahasa Melayu
• Komponen Bahasa Inggeris
• Komponen Matematik
• Komponen Teknologi Maklumat & Komunikasi

2. Bidang Pengurusan Kehidupan :
• Komponen Pengurusan Diri
• Komponen Kemahiran Manipulatif
• Komponen Pengurusan Tingkah Laku
• Komponen Kemahiran Hidup

3. Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti :
• Komponen Pendidikan Jasmani
• Komponen Pendidikan Seni
• Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
• Komponen Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar

4. Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni :
• Komponen Pendidikan Agama Islam
• Komponen Pendidikan Moral

0 comments:

Post a Comment

 

Pendidikan Khas SK Jenalik Copyright © 2010