Friday, September 3, 2010

Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya

Posted by p.khas skjenalik at 10:06 AM
Esok 4 September 2010, sekolah akan mula bercuti sehingga 14 September. Walaubagaimanapun ada dikalangan guru Pendidikan Khas sekolah ini yang sanggup berkorban cuti ini untuk membantu mendidik murid Tahun 6 dalam kelas tambahan kerana murid Tahun 6 akan menghadapi UPSR selepas cuti Hari Raya Aidil Fitri yang bermula pada 21 hingga 23 September. Tahniah kepada Cikgu Suharti dan Cikgu Safuan yang sanggup memberi sumbangan tenaga anda demi kemajuan sekolah ini. Dalam pada itu ada yang dah tak sabar nak balik ke kampung, hari ini dan esok. Beg pakaianpun sudah siap tersusun kemas di dalam kereta. Tunggu bunyi aje loceng.... Apapun dan ke mana tujuan anda berhati-hati dijalanraya. Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya.  Maaf Zahir dan Batin daripada warga Pendidikan Khas SKJ.

0 comments:

Post a Comment

 

Pendidikan Khas SK Jenalik Copyright © 2010