Tuesday, May 31, 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Lumut, Perak

Posted by p.khas skjenalik at 11:13 AM
Pada 26 Mei 2011, PPKI SK Jenalik telah berjaya mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Lumut, Perak. Program Lawatan ini di ketuai oleh Puan Suharti binti Mohd Ariffin. Tempat utama lawatan ialah Pengkalan TLDM, Lumut. Kami telah dibawa melawat ke Markas Armada dan berpeluang menaiki kapal penangkis periuk api iaitu KD Ledang. Selepas itu kami dibawa melawat Markas Udara, TLDM dan berpeluang melihat dari dekat Helikopter Pejuang dan Helikopter VIP. Semasa sesi lawatan kami berpeluang melihat bagaimana helikopter pejuang dipasang dengan peluru terpedo untuk latihan. Selepas itu kami menikmati jamuan tengahari di Medan Selera Pernama TLDM. Selepas makan kami dibawa melawat Galeri Panglima Tentera Laut dan berpeluang melihat sejarah perkembangan TLDM di bawah beberapa orang Panglima TLDM. Setelah puas melihat sendiri suasana di dalam pengkalan TLDM kami membeli belah di Pekan Lumut. Banyak barang dibeli oleh guru-guru, kakak-kakak PPM dan murid-murid sebagai cenderamata kenangan. Akhir sekali kami dibawa melawat ke Telok Batik dan berpeluang mandi manda...barulah murid Pendidikan Khas tahu bagaimana rasanya air laut yang masin itu......Semoga lawatan ini akan memberi banyak pengalaman dan pengetahuan kepada semua murid...

0 comments:

Post a Comment

 

Pendidikan Khas SK Jenalik Copyright © 2010